Inisiatif

Peristiwa
24/2/26
Isu
Selangor
Negara

Singgah Bazar & Agihan Bubur Lambuk di Ramadan Jalan Medan Niaga 1, Kuala Selangor

Singgah di Bazar Ramadan Jalan Medan Niaga 1, Kuala Selangor untuk menyantuni warga Kuala Selangor dan menikmati kemeriahan bazar Ramadan di sini.

Alhamdulillah, sebanyak 1,000 bekas Bubur Lambuk Rumpun Selangor berjaya diedarkan kepada para pengunjung dan peniaga. Saya turut memberi duit raya kepada kanak-kanak pengunjung bazar ini.

Penganjuran bazar ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor), Platform Selangor dan Agrobank untuk memperkukuh ekosistem usahawan kecil dan peniaga tempatan melalui sokongan pembiayaan, jaringan perniagaan serta inisiatif pembangunan ekonomi rakyat.

Alhamdulillah, inilah semangat Rumpun Selangor, menyantuni, memperkasa dan memastikan manfaat dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.