Suara

Peristiwa
11/11/21
Selangor
Perhimpunan

Sinar Harian: Selangor terus martabat wanita

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor meneruskan pelaksanaan pengarusperdanaan gender bagi tujuan merangka pembangunan yang sensitif dalam menangani diskriminasi terhadap wanita selepas tampil sebagai negeri pertama melaksanakannya tahun lalu.


Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Wanita Berdaya Selangor (WBS) meneruskan projek berkenaan dengan melantik 17 pegawai titik tumpuan gender (GFP) dan pasukan tumpuan gender (GFT) bagi sesi tahun 2021/2022.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri sentiasa mengangkat agenda memartabatkan wanita sebagai keutamaan dan kini berada di tahun kedua pelaksanaan projek pengarusperdanaan gender dalam pentadbiran.


"Ia selaras dengan Matlamat 1 dalam Dasar Wanita Selangor iaitu untuk menggalakkan kerangka pembangunan yang sensitif gender dan pengarusperdanaan gender turut selaras dengan Aspirasi ‘Smart Selangor’ menjelang 2025 dari segi inovasi, perhubungan, perpaduan sosial dan kelestarian.

"Ia turut dapat meningkatkan aspirasi kita terutama dari segi pengkalan data, peruntukan belanjawan yang tersasar serta tadbir urus yang baik," katanya pada Majlis Pelantikan 17 pegawai GFT dan pasukan GFP di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri menyokong penekanan untuk wanita menjadi unggul dalam semua bidang selain memberi mandat kepada WBS untuk membantu melaksanakan pengarusperdanaan gender.

"Saya juga amat berbesar hati dan berterima kasih di atas komitmen tiga Exco yang menjadi perintis dan portfolio saya juga terpilih tahun ini," katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.