Media

Peristiwa
30/5/23
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Selangor salur bantuan kebajikan bekas perajurit

SUNGAI BULOH - Kerajaan Selangor menyalurkan peruntukan RM25,000 bagi membantu kebajikan bekas perajurit negara.

Exco Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, ia membabitkan sumbangan RM20,000 kepada Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh dan RM5,000 kepada Badan Kebajikan Isteri Bekas Perajurit (SURI).

Menurutnya, peruntukan kepada Badan Kebajikan Bekas Perajurit Sungai Buloh meningkat sebanyak sekali ganda berbanding RM10,000 pada tahun lepas.

"Inisiatif kerajaan negeri adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka atas jasa dan bakti menjaga keamanan negara.

"Ia sekali gus meraikan para bekas perajurit yang menetap di bawah persatuan Badan Kebajian Bekas Perajurit Sungai Buloh," katanya pada Majlis Penghargaan Bekas Perajurit Peringkat DUN Paya Jaras di Dewan Banquet, Kelab Rahman Putra di sini pada Ahad.

Beliau berkata, penganjuran program ini diharapkan dapat membudayakan semangat saling membantu dan mengeratkan ukhwah antara kerajaan negeri dengan masyarakat setempat khususnya bekas perajurit.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.