Inisiatif

Peristiwa
10/5/21
Selangor

Sinar Harian: Selangor cadang masjid, surau adakan bacaan Qunut Nazilah

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor mencadangkan masjid dan surau mengadakan bacaan Qunut Nazilah susulan serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat lalu.


Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, usaha itu sebagai tanda keprihatinan umat Islam di negeri ini terhadap penduduk Palestin.

Mohd Zawawi berkata, kerajaan Selangor juga menggesa perbuatan biadab itu dapat dihentikan segera menerusi tekanan di peringkat tertinggi melibatkan negara-negara Pertubuhan Islam Sedunia (OIC) atau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


"Serangan tentera Israel ke atas Baitulmaqdis ketika umat Islam sedang beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan amat tidak boleh diterima atas apa alasan sekali pun.

"Kerajaan Selangor mencadangkan Qunut Nazilah dilaksanakan di semua masjid dan surau sehingga krisis ini tamat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.