Inisiatif

Ekonomi
19/1/21
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Pendigitalan perniagaan beri pulangan lumayan - MB Selangor

SHAH ALAM - Kejayaan Kempen Selangor E-Bazar 11.11 Jualan Mega memberi bukti jelas bahawa aspek pendigitalan perniagaan dapat memberi pulangan lumayan kepada peniaga.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kempen berkenaan yang berlangsung dari 26 Oktober sehingga 15 Disember 2020 telah mencatatkan hasil memberangsangkan dengan kesan riak (ripple effect) sebanyak RM1.04 bilion kepada ekonomi negeri termasuk RM32.06 juta melalui jualan terus.


Beliau berkata, kempen ini juga menyaksikan penyertaan 26,744 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) baharu dengan jumlah peningkatan sebanyak 267 peratus dari sasaran awal iaitu seramai 10,000 penjual baharu.


"Peningkatan ini menunjukkan bahawa lebih ramai saudagar e-dagang telah mendapat manfaat melalui kempen ini.

"Hasil terkini juga menunjukkan peningkatan sebanyak 274 peratus untuk jualan terus dan 307 peratus peningkatan kesan riak kepada ekonomi Selangor berbanding dengan Kempen E-Bazar Raya yang dijalankan dari 4 Mei sehingga 4 Julai 2020 lalu," katanya ketika sidang akhbar Kejayaan Kempen Selangor E-Bazar 11.11 Jualan Mega yang berlangsung menerusi aplikasi Zoom pada Isnin.

Turut menyertai sidang akhbar berkenaan adalah Exco Industri dan Perdagangan Selangor, Datuk Teng Chang Khim,

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor, sejumlah RM1 juta telah diperuntukkan kerajaan negeri bagi melaksanakan Kempen Selangor E-Bazar Raya, RM2 juta untuk Kempen Selangor E-Bazar 11.11 dan RM2 juta untuk kempen 'Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu'.

"Kerajaan Selangor mahu menghasilkan sebuah ekosistem yang simbiotik untuk semua rakyat negeri ini dengan prinsip tiada sesiapa yang akan ditinggalkan," katanya.

Sementara itu, Chang Khim berkata, walaupun pandemik Covid-19 telah memberikan banyak buruk kepada negara, namun terdapat beberapa aspek positif dapat dilihat khususnya menerusi perkembangan sektor e-dagang.

Katanya, pembelian barangan runcit secara dalam talian semakin berkembang sekali gus meningkatkan jualan usahawan, memperluaskan kerja penghantar barangan dan memudahkan pelanggan.

“Kita dapat lihat bagaimana syarikat tradisional telah memilih untuk menjual dalam talian dan menjana pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ini adalah perkembangan yang baik," katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.