Inisiatif

Peristiwa
28/6/22
Isu

Sinar Harian: MAIS dekati golongan LGBT

SHAH ALAM - Seramai 30 peserta terdiri golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada Pertubuhan Komuniti Riqab hadir mengikuti Program Pembimbing Rakan Komuniti (PRK) anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 24 Jun hingga 26 Jun lalu.

MAIS menerusi kemas kini di Facebooknya memaklumkan, program tersebut diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk kembali kepada fitrah dan mengikuti ajaran Islam yang sebenar.

Menurut kenyataan itu, objektif program dakwah itu juga bagi menjadikan Islam sebagai asas dalam kepimpinan serta melatih asnaf riqab sebagai pembimbing yang boleh membantu golongan itu berhijrah ke arah lebih baik.


"Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program berlangsung adalah solat berjemaah, tazkirah agama, memanah dan pengisian ilmu seperti panduan imam terbaik, komunikasi dakwah terbaik serta Asas LeaderShip Ohsem.

"Pengarah Sektor Pembangunan Sosial, Suhaimi Ismail turut memberikan kata semangat kepada peserta yang hadir untuk terus kekal positif dalam menjalani sesi penghijrahan serta menjadi contoh ikutan kepada rakan-rakan serta komuniti yang lain, " menurut kenyataan di Facebook MAIS pada Isnin.

Perasmian penutup dan sesi penyerahan sijil serta hadiah disempurnakan Jawatankuasa Riqab MAIS, Tan Sri Datuk Hashim Meon.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.