Inisiatif

Peristiwa
3/8/22
Isu
Selangor

Sinar Harian: Kuala Selangor Nature Park tidak jejas hutan paya bakau

SHAH ALAM - Cadangan memajukan Kuala Selangor Nature Park di Taman Alam Kuala Selangor sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa tidak menjejaskan kawasan hutan paya bakau di kawasan itu kerana ia hanya melibatkan kawasan seluas 84.13 hektar.


Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, peratusan penggunaan di kawasan itu hanya merangkumi 28 peratus daripada keseluruhan kawasan yang seluas 292.81 hektar.


"Oleh itu, keluasan hutan simpan tersebut tidak terjejas dan cadangan memfokuskan kawasan pembangunan sedia ada sahaja," katanya. Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang, Ahmad Yunus Hairi yang meminta kerajaan negeri memberi penjelasan adakah pembangunan di kawasan Taman Alam Kuala Selangor memberi kesan kepada ekologi dan alam sekitar kawasan tersebut pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Selasa.


Loy Sian memberitahu, status pembangunan di kawasan itu pada masa ini masih dalam proses pewartaan sebagai Hutan Simpanan Kekal iaitu di peringkat penyediaan Pelan Warta (PW) oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Selangor (JUPEM).

Menjawab soalan tambahan Yunus berkaitan kaedah penggunaan tanah diberikan kerajaan Selangor kepada pemaju, Loy Sian memberitahu, kerajaan negeri hanya membenarkan permit penggunaan tanah di kawasan tersebut.

"Kerajaan Selangor mencadangkan supaya memberikan pengguna tanah ini 30 tahun tambahan 30 tahun," ujar beliau. Menurut beliau, tempoh pemberian penggunaan tanah itu diperhalusi memandangkan syarikat terbabit memperuntukan sebanyak RM100 juta tanpa membuat pinjaman bank bagi membangunkan kawasan tersebut.

"Syarikat tersebut akan membangunkan sebanyak 300 chalet sedia ada bertaraf empat bintang," ujar beliau.

Loy Sian menjelaskan, usaha memajukan Selangor Nature Park itu diharap dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini. Jelas beliau, pembangunan di kawasan terbabit dijangka dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancong dari luar negara terutama dari Jepun, Hong Kong, Korea, Eropah dan Timur Tengah ke Kuala Selangor dan seterusnya meningkatkan pendapatan serta peluang ekonomi penduduk setempat," katanya.

Disyorkan artikel ini:
Sidang DUN: Air Selangor rangka pelan operasi LRA jika banjir
Selangor rekod 6,299 kes penceraian tahun lepas
Kes gejala sosial di Selangor menurun
Justeru, katanya, kerajaan negeri juga membuat beberapa ketetapan agar ia dapat dilaksanakan pemaju bagi memulihara kawasan paya bakau berkenaan.

"Antara ketetapan digariskan seperti menyediakan zon penampan pembangunan untuk mencegah dan meminimumkan kerosakan pokok semasa proses pembangunan dijalankan," jelas beliau.

Selain itu, katanya, kerajaan negeri juga mengenakan syarat kepada kepada pemaju untuk mengemukakan atau menyatakan kaedah pengurusan perlindungan pokok pesisiran pantai dan memperkenalkan kaedah perlindungan pokok.

"Pemaju juga diminta menjalankan penilaian pembangunan berpandukan kepada laporan kajian kepentingan nilai ekosistem hutan paya bakau," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.