Suara

COVID-19
27/4/21
Isu
Selangor
Negara

Sinar Harian: Keputusan tutup sekolah bidang kuasa JPN Selangor - MB

SHAH ALAM - Keputusan penutupan sekolah di Selangor adalah di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri dengan persefahaman dan hasil perbincangan antara Pusat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

"Berbanding 19 buah sekolah yang ditutup sebelum ini, ia tidak mengikut saluran dan juga perbincangan yang sewajarnya walaupun kita terima," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Ekspo Hasil Suri Selangor Hybrid 2021 dan Pelancaran Wanita Berdaya Selangor di sini pada Isnin.

"Maka, kali ini kita ikut format tersebut iaitu setelah Pusat Kesihatan Daerah memaklumkan dan Jabatan Kesihatan Negeri menyatakan sekolah itu wajar ditutup jadi akan kita tutup kerana pengawal untuk semua sekolah-sekolah di Selangor terletak di bawah Jabatan Pendidikan Selangor," katanya.
Katanya, bagi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pula, perkara itu adalah di bawah bidang kuasa di peringkat kerajaan Persekutuan.

Beliau diminta mengesahkan satu senarai edaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berkenaan penutupan 79 sekolah bermula pada hari ini dan esok akibat pengesanan jangkitan Covid-19 yang tular pada Isnin.

"Saya rasa saya tidak mahu buat pengumuman kerana pihak yang wajar membuat pengumuman ini adalah pihak Majlis Keselamatan Negara di peringkat pusat dan Kementerian Pendidikan (KPM).

"Kalau nak saya sah atau tidak sahkan, itu tidak betul juga kerana pada akhirnya KPM akan memberikan pengesahan kepada penutupan sekolah-sekolah. Walaupun kerajaan negeri boleh untuk umumkan, tetapi bidang kuasanya tidak kena (tidak sesuai) kecuali keadaan memang haru-biru," katanya. - Bernama

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.