Suara

Polisi
30/9/21
Isu
Selangor
Negara

Sinar Harian: Kemudahan asas perlu diberi perhatian dalam RMK12: MB Selangor

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor berharap agar kemudahan asas seperti sekolah dapat diberi perhatian sewajarnya di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kualiti pembelajaran pelajar di bandar pada masa ini amat membimbangkan berikutan jumlahnya yang melebihi kadar disarankan sehingga mencecah 50 orang bagi satu kelas.

Beliau berkata, keadaan ini pastinya akan memberi kesan kepada kondisi pembelajaran setiap pelajar terlibat.


"Pandemik memberi ingatan kepada kita bahawa ventilasi adalah satu proses penting dan kita berharap banyak tapak sekolah yang telah diserahkan kepada kerajaan Persekutuan sebelum ini dapat disiapkan kerana permintaannya sangat tinggi.

"Contohnya di Elmina, ada lima tapak tapi belum ada satu sekolah dibina dan pelajar terpaksa bersekolah di Subang Bestari yang sedikit sebanyak menyebabkan kesesakan dalam kelas.

"Ini adalah contoh bagaimana kawasan perbandaran baharu dan mempunyai lima tapak sekolah namun belum ada pembinaan di sana," katanya selepas Majlis Serahan Sumbangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) kepada kerajaan Selangor untuk Tabung Prihatin Tahfiz Selangor di Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), pada Rabu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin memaklumkan penumpuan akan diberikan bagi menambah baik sistem pendidikan negara dalam menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran pekerjaan di bawah RMK12.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, kerajaan Selangor juga akan meneliti semula senarai beberapa projek di bawah RMK12 seperti yang dibentangkan sebelum ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.