Inisiatif

Terkini
8/6/21
Isu
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Hubungi talian hotline atasi lambakan hasil pertanian

KUALA SELANGOR - Petani di negeri ini khususnya di Kuala Selangor yang mengalami masalah lambakan hasil pertanian boleh menghubungi talian hotline yang disediakan kerajaan negeri menerusi Program Agro Prihatin Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata, kerajaan negeri di bawah Jawatankuasa Pertanian dan Perladangan dan Industri Asas Tani akan membeli hasil pertanian ini bagi membantu golongan berkenaan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Juwairiya berkata, beliau sendiri telah menguar-uarkan inisiatif kerajaan negeri itu kepada penduduk setempat melalui aplikasi WhatsApp.

"Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) akan membeli hasil berkenaan pada harga yang bersesuaian seterusnya akan menjual semula kepada orang ramai," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, Agro Prihatin Selangor menerima 11 aduan berhubung lambakan komoditi pertanian pelbagai jenis di tiga daerah di negeri ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri, Ir Izham Hashim berkata, tiga daerah yang terkesan ialah di Sabak Bernam, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Katanya, lambakan komoditi pertanian di tiga daerah itu berjumlah 30 metrik tan.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.