Inisiatif

Peristiwa
6/9/21
Isu
Selangor
Bantuan

Sinar Harian: Bayar RM20, dapat barangan asas RM60

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyediakan inisiatif Pasar Mesra yang menawarkan pembelian barangan keperluan asas kepada penduduk di kawasan kos rendah pada harga rendah.


Menerusi pelaksanaan itu, penduduk di kawasan terpilih hanya perlu membayar RM20 untuk mendapat barangan asas bernilai RM60.

Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, usaha itu bertujuan menyahut saranan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang mahu kerajaan negeri tidak hanya memberi fokus kepada inisiatif bakul makanan tetapi turut mengutamakan keperluan lain.


"Pasar Mesra ini dikembangkan daripada Program Bingkisan Mesra yang dilaksanakan sebelum ini."

"Kita tambah baik melalui kerjasama Bingkisan Mesra Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi menjayakan inisiatif ini," katanya selepas meninjau penganjuran Pasar Mesra di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hicom, pada Ahad.

Antara barangan keperluan asas melalui pembelian berkenaan ialah ayam, telur, sayur dan keperluan harian lain.

Mengulas lanjut mengenai program itu, Rodziah berkata, pasar berkenaan akan dilaksanakan di lapan lokasi dan hanya 200 peserta awal akan mendapat inisiatif tersebut.

"Ini merupakan lokasi kedua dan selepas ini kita akan pergi ke kawasan Seksyen 20, Seksyen 19, Ampang, Klang dan beberapa lagi," katanya.


Tambah Rodziah, pihaknya berharap konsep yang diguna pakai oleh kerajaan negeri dapat diikuti oleh pihak lain bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Syarikat korporat di luar mungkin ingin membantu rakyat yang terkesan dan mereka boleh kerjasama dengan pihak kami menerusi inisiatif ini," katanya.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.