Suara

Terkini
14/3/22
Selangor
Negara

Sinar Harian: Batang Kali bakal jadi pusat kereta api

BATANG KALI - Kawasan utara Selangor khususnya di Batang Kali bakal menjadi pusat pengangkutan kereta api sekali gus sebagai pemacu industri berkenaan dan logistik.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, hasrat tersebut mampu dicapai melalui pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di jajaran utara Selangor dan Pintasan Serendah (Serendah Bypass) yang dipersetujui tahun lalu.

Menurutnya, pintasan tersebut akan menjimatkan masa penghantaran barangan dari utara dan timur Malaysia yang perlu melalui Kuala Lumpur sebelum ke Pelabuhan Klang.


"Melalui Serendah Bypass, akan memendekkan masa perjalanan dan saya percaya bukan hanya kereta api tetapi syarikat logistik dan penghantaran akan berkembang menjadikan Batang Kali sebagai hub penting dalam industri di Selangor," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Projek Perumahan Ion Belian Garden, di sini pada Sabtu.

Amirudin juga memberitahu menerima beberapa cadangan membangunkan kawasan pelancongan di sepanjang jalan menuju Genting Highland, Pahang.

Bagaimanapun katanya, beberapa aspek melibatkan alam sekitar perlu dititikberatkan sebelum pelaksanaan projek pembangunan di kawasan tersebut.

"Tanah tersebut ialah hak milik syarikat dan individu yang bersedia untuk dijadikan kawasan pelancongan," katanya.

Pada Disember lalu, kerajaan Selangor bersetuju menerima cadangan Jajaran Utara ECRL dan meluluskan Jajaran Seksyen C ECRL.


Amirudin berkata,, jajaran tersebut melibatkan Seksyen C1 dari Mentakab ke Gombak dan Seksyen C2 merangkumi Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.