Suara

Siaran Akhbar
25/6/20
Isu
Selangor

Sinar Harian : ADUN Seri Setia dilantik Ketua Penerangan PKR Selangor

Artikel asal terbit di sinarharian.com.my pada 25 Jun 2020

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkuat kuasa 1 April lalu.


Difahamkan, Halimey menerima surat pelantikan itu menerusi satu pertemuan ringkas bersama Pengerusi PKR Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam.

"Pelantikan berkuat kuasa 1 April lalu namun majlis penyerahan surat lantikan tertangguh seketika bagi memberi laluan Menteri Besar menangani wabak Covid-19 di negeri ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Halimey dilantik bagi mengisi jawatan berkenaan yang sebelum ini dijawat oleh ADUN Bukit Lanjan, Elizebeth Wong Keat Ping.

Mengulas lanjut mengenai pelantikannya itu, Halimey berkata, beliau akan menjalankan amanah yang diberikan oleh pimpinan parti dengan penuh kesabaran dalam menghadapi situasi politik pada masa kini.

"Saya juga akan membantu PKR Selangor dalam menerangkan tentang dasar dan isu-isu semasa yang berlaku dalam negeri ini kepada ahli serta akar umbi," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/89378/BERITA/Politik/ADUN-Seri-Setia-dilantik-Ketua-Penerangan-PKR-Selangor
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.