Suara

Peristiwa
22/2/22
Isu
Selangor
Banjir
Bantuan

Sinar Harian: 72,451 keluarga terlibat banjir terima BSB

SHAH ALAM - Sebanyak RM72.58 juta diperuntukkan untuk membantu 72,451 keluarga yang terjejas akibat banjir menerusi Bantuan Selangor Bangkit (BSB) setakat Isnin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, jumlah sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada RM100 juta yang diperuntukkan menerusi BSB bagi tujuan itu.


Menurutnya, daerah Klang menerima bantuan BSB tertinggi dengan RM23.51 juta membabitkan 23,450 keluarga termasuk enam keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat musibah tersebut, diikuti Petaling sebanyak RM16.917 juta membabitkan 16,917 keluarga.

"Sebanyak 10,282 keluarga di Kuala Langat termasuk sebuah keluarga yang kehilangan ahli keluarga menerima bantuan BSB dengan peruntukan sebanyak RM10.292 juta, diikuti 7,843 keluarga serta dua keluarga kehilangan ahli keluarga di Hulu Langat (RM7.854 juta).

"Seterusnya, BSB diberikan kepada 6,878 keluarga di daerah Sepang termasuk tiga keluarga kehilangan ahli keluarga (RM6.908 juta), diikuti 5,915 keluarga di daerah Kuala Selangor (RM5.925 juta), Gombak sebanyak 1,041 keluarga (RM1.041 juta) serta sebanyak 40 keluarga di Sabak Bernam (RM40,000)," katanya menerusi satu infografik di Facebook pada Ahad.

Pada Disember lalu, Amirudin dalam satu sidang akhbar khas mengumumkan kerajaan Selangor mula mengagihkan bantuan berjumlah RM1,000 kepada keluarga yang terlibat banjir.

Katanya, ia diagihkan secara berperingkat kepada mangsa kategori pertama iaitu mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang diwartakan oleh kerajaan persekutuan dan negeri.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.