Suara

COVID-19
16/7/21
Isu
Selangor
STFC19
Pakej Kita Selangor 2.0

Sinar Harian: 2.3 juta penduduk Selangor terima vaksin - MB

SHAH ALAM - Selangor merekodkan kadar pemberian vaksin tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan rekod setakat Khamis (hari ini), negeri tersebut mencatatkan pemberian vaksin sebanyak 2.3 juta dos.
Beliau berkata, Program Vaksin Selangor (SelVAX) yang menjadi pelengkap kepada pelaksanaan PICk juga turut merekodkan pemberian sebanyak 57,339 dos sehingga Rabu.


"Sebanyak 12.02 peratus rakyat negeri ini telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19," katanya menerusi kemaskini di laman Facebook, pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata, kadar vaksinasi harian di Selangor pada Rabu juga mencecah 114,416 dos tidak termasuk dengan pemberian menerusi SelVAX.

Katanya, sehingga kini, pemberian vaksin menerusi SelVAX mencecah sehingga 58,000 dos sejak inisiatif itu dilancarkan kerajaan negeri.

"Kadar vaksinasi ini akan dipertingkatkan dari masa ke semasa dalam usaha membendung wabak ini," katanya.

Tambahnya, buat masa ini, peratusan penggunaan vaksin di Selangor juga adalah sekitar 78 peratus berdasarkan bekalan diterima daripada CITF Persekutuan.

"Baki vaksin berjumlah 618,000 dos akan diberikan janji temu untuk tempoh tujuh hari mengambil kira jumlah vaksinasi harian kini mencecah 115,000," katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.