Media

COVID-19
20/1/22
Isu
Selangor
STFC19
Negara

Sinar Harian:186 lagi varian Omicron dikenal pasti, Selangor tertinggi

PUTRAJAYA - Sebanyak 186 kes varian Omicron dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tempoh 14 hingga 18 Januari.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes Omicron tertinggi iaitu 41, diikuti Sarawak (26), Johor (20), Kuala Lumpur (17), Perak (16) dan Negeri Sembilan (

Kelantan dan Pahang masing-masing mencatatkan sembilan kes Omicron, Kedah (lapan), Terengganu (tujuh), Melaka (lima), Sabah (lima), Labuan (empat), Perlis (satu) dan Putrajaya (satu).

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) adalah sebanyak 6,432 kes, katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, sehingga kini, sebanyak 5,726 kes varian Delta dikesan di seluruh negara manakala 439 kes adalah varian Omicron.

Sejumlah 233 kes adalah varian Beta dan 14 lagi merupakan varian Alpha, katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.