Inisiatif

Peristiwa
31/3/26
Isu

Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2025

Syabas dan tahniah buat anak-anak Selangor yang telah menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2025 hari ini.

Alhamdulillah, pencapaian SPM Negeri Selangor tahun 2025 amat membanggakan dengan Gred Purata Negeri (GPN) 4.52 dan Layak Mendapat Sijil (LMS) 92.15 peratus, sekali gus mencatatkan pencapaian terbaik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Alhamdulillah berkat usaha anak-anak, tenaga pengajar, ibu bapa serta sokongan berterusan Kerajaan Negeri khususnya menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang dilaksanakan melalui kerjasama Yayasan MBI dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah berjaya membuahkan hasil keputusan yang amat membanggakan.

Selain itu, saya turut memuji usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah kepimpinan YB Fadhlina Sidek yang melaksanakan intervensi khusus bagi mengurangkan jumlah ketidakhadiran calon SPM yang telah berjaya menyaksikan penurunan kepada 0.39 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ucapan sekalung penghargaan kepada para guru, tenaga pengajar serta ibu bapa di seluruh Selangor yang telah mencurahkan masa, tenaga dan pengorbanan dalam memastikan kejayaan anak-anak kita.

Semoga masa depan anak-anak Selangor terus cerah dan cemerlang, serta menjadi generasi yang akan memimpin negeri dan negara dengan baik, insya-Allah.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.