Inisiatif

Peristiwa
22/6/26
Isu
Selangor
Negara

Sidang Media Sempena Pelancaran Program Baucar KitaSelangor

Susulan pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPDTS) Fasa 2 di Dewan Negeri Selangor pada Jumaat lalu, hari ini Kerajaan Negeri melancarkan Baucar Kita Selangor sebagai langkah segera untuk membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup dan ketidaktentuan bekalan global.

Melalui peruntukan sebanyak RM30 juta, seramai 50,000 keluarga di Selangor akan menerima bantuan RM100 sebulan selama enam bulan bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian dan memastikan kesejahteraan keluarga terus terpelihara.

Penerima yang telah dikenal pasti hanya perlu membuat pengesahan maklumat secara dalam talian melalui portal rasmi www.baucarkitaselangor.com bermula jam 12 tengah hari esok, 23 Jun 2026. Pada masa yang sama, ibu tunggal dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah turut diberikan peluang untuk memohon bantuan ini melalui portal yang sama.

Kerajaan Negeri juga meneruskan komitmen melalui program BINGKAS, yang menyalurkan bantuan RM300 sebulan kepada 30,000 keluarga. Secara keseluruhannya, sebanyak RM138 juta diperuntukkan sebagai bantuan terus kepada rakyat bagi mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup.

Namun, bantuan kewangan semata-mata bukanlah penyelesaian jangka panjang. Sebab itu Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pemberdayaan rakyat melalui program peningkatan kemahiran, latihan serta peluang pekerjaan berpendapatan lebih baik termasuk menerusi Program Kerjaya Selangor, agar lebih ramai rakyat dapat berdikari dan membina masa depan yang lebih kukuh.

Inilah tekad Kerajaan Negeri, bukan sekadar membantu rakyat menghadapi cabaran hari ini, tetapi memperkasa mereka untuk menghadapi masa depan dengan lebih yakin dan berdaya tahan.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.