Inisiatif

Peristiwa
4/5/26
Isu
Selangor
Negara

Sidang Media Khas Perkembangan Terkini Misi Global Sumud Flotilla 2026

Saya telah hadir ke Sumud Nusantara Command Center (SNCC) bagi meneliti laporan terkini berkenaan misi ini khususnya keselamatan rakyat Malaysia yang terlibat.

Antara perkara utama yang dimaklumkan:

• 10 aktivis Malaysia yang sebelum ini diculik telah selamat tiba di Turkiye dari Greece pada 1 Mei dan kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

• Daripada 21 kapal yang ditahan secara haram, tiga telah berjaya ditunda oleh kapal Open Arms dari Barcelona dalam keadaan sangat kritikal.

• Sebuah kapal (Goleta) disahkan karam, dipercayai akibat sabotaj pihak rejim, manakala 17 kapal lain masih berada di laut dan sedang dalam usaha untuk diselamatkan.

Tindakan rejim Israel menahan kapal-kapal bantuan di perairan antarabangsa serta menculik aktivis kemanusiaan merupakan satu pencabulan serius terhadap undang-undang antarabangsa dan prinsip kebebasan pelayaran, yang tidak boleh dipandang ringan oleh komuniti dunia.

Pendirian tegas Perdana Menteri Malaysia bersama rakan antarabangsa seperti Sepanyol, Turkiye, serta badan dunia seperti PBB dan OIC yang mengutuk tindakan pencabulan undang-undang antarabangsa ini wajar terus disokong dan diperkukuh.

Selain itu saya turut dimaklumkan bahawa dua pemimpin utama GSF iaitu Thiago Avila dan Sayf Abukeshek telah ditahan dan dibawa ke mahkamah Israel. Tindakan rejim Zionis ini adalah tidak mengikut lunas dan batas undang-undang antarabangsa. Saya menyeru agar komuniti dunia mengecam tindakan rejim Zionis ini dan menghentikan sebarang bentuk penindasan terhadap peserta misi kemanusiaan ini.

Rakyat Malaysia diseru untuk terus bersuara. Setiap suara, setiap doa, setiap usaha adalah sebahagian daripada perjuangan besar kemanusiaan ini.

Break The Silence!

Break The Siege!

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.