Inisiatif

Peristiwa
5/10/26
Isu
Selangor
Negara

Sidang Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima

Pagi ini saya hadir di Parlimen untuk mengambil bahagian dalam sesi soal jawab pada hari pertama Sidang Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima.

Soalan saya yang disenaraikan sebagai soalan kedua dijawab bersekali dengan soalan Ahli Parlimen Kubang Pasu, berhubung saranan memperlahankan pembangunan kecerdasan buatan (AI) atas pertimbangan keselamatan dan kedaulatan negara.

Dalam jawapannya, Menteri Digital menjelaskan bahawa Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026–2030 mengutamakan pembangunan AI yang bertanggungjawab, inklusif dan berimpak tinggi bagi meningkatkan produktiviti, memperkukuh perkhidmatan awam, membangunkan bakat serta mempertingkat daya saing ekonomi negara.

Kepercayaan dan keselamatan menjadi tunjang utama pendekatan ini. Seiring peningkatan keupayaan sistem AI, pengujian, pemantauan, pengawasan manusia serta mekanisme tindak balas perlu diperkukuh sebelum penggunaannya diperluas, khususnya apabila melibatkan keselamatan manusia dan sistem kritikal. Tadbir urus yang jelas juga diperlukan, merangkumi penanda aras keselamatan, penilaian risiko dan pelaporan insiden bagi membolehkan tindakan pembetulan diambil.

Pembangunan AI mesti bergerak seiring dengan keupayaan kita mengawal risikonya. Kemajuan teknologi ini perlu diterjemahkan kepada kesejahteraan rakyat, dengan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara.

‍

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.