Inisiatif

Peristiwa
7/1/26
Isu
Selangor
Negara

Sesi Santai Pagi

Sesi Santai Pagi saya teruskan dengan Datuk Bandar serta Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor.

Turut disertai oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri, saya rakam ucapan tahniah atas peranan semua PBT yang turut menyumbang kepada pencapaian hasil Kerajaan Negeri serta perkhidmatan baris hadapan yang baik sepanjang tahun lepas.

Dalam pada kejayaan Kerajaan Negeri menempa rekod pencapaian hasil yang signifikan pada tahun 2025, saya ingatkan keperluan semua PBT untuk memberi fokus kepada isu-isu utama baik di peringkat negeri mahupun peringkat lokaliti di bawah kawal selia setiap PBT.

Tiga (3) isu utama iaitu pengurusan sisa pepejal atau sampah, pengurusan bencana khususnya banjir serta pengurusan infrastruktur jalan perlu diberi penekanan serius sepanjang tahun 2026.

Tidak boleh dinafikan pengurangan masalah setempat dapat dilihat dan dirasai oleh masyarakat, namun tanpa penceritaan yang sampai kepada khalayak, rakyat mungkin hanya melihat kepada isu secara pukal tanpa mengakui setiap penambahbaikan yang telah dibuat oleh PBT.

Dalam masa yang sama, saya melihat keperluan untuk setiap PBT lebih aktif untuk mengetengahkan pencapaian yang berjaya diraih dari aspek penyelesaian isu rakyat yang berlaku di setiap lokaliti PBT.

Saya mengambil maklum setiap isu yang dibangkitkan oleh Datuk Bandar dan YDP dan akan mengenengahkan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri untuk dimuktamadkan beberapa penyelesaian yang sesuai.

Tahniah atas komitmen semua PBT selaku baris hadapan Kerajaan Negeri dalam menyantuni rakyat Selangor seluruhnya. Semoga tahun 2026 akan menyaksikan pemantapan perkhidmatan ke tahap terbaik kepada rakyat, sesuai daya Tahan Uji dan nilai Insani yang menjadi teras #KITASelangor sebagai agenda bersama.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.