Inisiatif

Peristiwa
10/12/25
Isu
Selangor
Negara

Sesi Libat Urus Bersama Penduduk Kg Fajar dan Kg Warisan di Gombak

Malam ini saya bertemu penduduk Kampung Fajar dan Kampung Warisan dalam Sesi Libat Urus Pembangunan dan Penempatan Semula.

Taklimat ini diadakan bagi membantu menjelaskan serta menerangkan projek penempatan semula penduduk Kampung Fajar dan Kampung Warisan yang kini menetap di rumah uzur berkeluasan sekitar 850 kaki persegi.

Seramai 120 keluarga tinggal dalam keadaan yang kurang selesa, dengan kediaman yang mengalami kerosakan dan berada dalam keadaan daif. Situasi ini jelas menuntut perhatian segera bagi menyediakan penempatan yang lebih selamat dan bermaruah untuk mereka.

Oleh itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM60 juta bagi projek penempatan semula yang dijangka bermula pada 2027. Penduduk akan ditawarkan rumah 1,000 kaki persegi lengkap dengan kemudahan asas bagi memastikan kehidupan yang lebih selesa buat mereka.

Semoga usaha ini terus membawa manfaat kepada penduduk setempat dan membuka jalan ke arah penempatan yang lebih selesa serta kehidupan yang lebih baik untuk penduduk Kampung Fajar dan Kampung Warisan.

#KitaSelangor

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.