Sesi Libat Urus bersama Komuniti Sungai Gabai
Menjunjung kasih atas keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan isteri, Datin Paduka Seri Afzaa Fadini, dalam sesi libat urus bersama komuniti Sungai Gabai yang berlangsung di Pejabat Penghulu Hulu Langat sempena program Gagasan Rumpun Selangor 2.0 Daerah Hulu Langat.
Sesi ini membuka ruang perbincangan yang lebih dekat dan terbuka antara pihak Kerajaan Negeri bersama penduduk setempat khususnya berhubung isu penyelesaian kawasan penerokaan di Kompartmen 10, 53 dan 54 Hutan Simpan Ulu Langat.
Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik dan seimbang demi menjaga kebajikan rakyat tanpa mengabaikan tanggungjawab memelihara khazanah alam serta kelestarian Hutan Simpan Ulu Langat untuk generasi akan datang.
Menjunjung kasih DYTM Raja Muda Selangor atas keprihatinan dan kesudian mencemar duli mendengar sendiri pandangan serta suara komuniti setempat dalam usaha memastikan pembangunan dan pemuliharaan alam dapat bergerak seiring.
Keprihatinan DYTM Raja Muda Selangor dan isteri terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan flora dan fauna di Selangor sentiasa menjadi inspirasi buat patik dan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk terus memelihara warisan alam semulajadi di Selangor ini.







