Inisiatif

Peristiwa
23/5/26
Isu
Selangor
Negara

Serahan Lembu & Kambing Korban Parlimen Gombak, DUN Sungai Tua, Gombak Setia & Hulu Kelang

Alhamdulillah, hari ini saya menyempurnakan Majlis Penyerahan Lembu Korban peringkat Parlimen Gombak sebagai persediaan menyambut Aidiladha yang bakal tiba.

Sebanyak 119 ekor lembu dan 36 ekor kambing telah diagihkan kepada komuniti, JPPK, NGO, kelab komuniti serta surau-surau di DUN Sungai Tua, DUN Gombak Setia, DUN Hulu Kelang dan seluruh kawasan Parlimen Gombak.

Ibadah korban bukan sekadar memenuhi tuntutan agama, tetapi juga menjadi lambang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam masa sama, pengagihan daging korban kepada golongan fakir miskin dan mereka yang memerlukan turut menyemai nilai kasih sayang, kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki dalam masyarakat.

Semoga ibadah korban tahun ini membawa keberkatan buat semua, memperkukuh ukhuwah sesama insan serta terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan solidariti di Gombak.

No items found.
Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.