Inisiatif

Ekonomi
26/6/20
Bantuan
Selangor

SelangorKini : Seldec sasar wujud 7,800 peluang kerja menjelang 2025

Artikel asal terbit pada 24 Jun 2020 di Selangorkini.my

SHAH ALAM, 24 JUN: Rantaian E-Bekalan Digital Selangor (Seldec) menyasarkan 7,800 peluang pekerjaan pelbagai sektor diwujudkan dalam tempoh lima tahun, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata platform perniagaan dalam talian itu kini memiliki 395 usahawan dan menerima sambutan menggalakkan terutama belia yang hilang pekerjaan.

“Program ini membantu usahawan khususnya di luar bandar untuk meningkatkan sosioekonomi dan mereka diberi latihan bagi memahami sistem pasaran digital.

“Dalam tempoh tiga tahun, kita sasarkan sekurang-kurangnya 1,000 usahawan berdaftar,” katanya pada sidang media pelancaran portal Seldec dan aplikasi Seldec Rider di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Amirudin berkata platform tersebut turut menyediakan khidmat penghantaran barang ke seluruh negeri melalui Seldec Rider yang berkhidmat secara sambilan atau sepenuh masa.

“Seramai 100 orang sudah mendaftar dan akan bertambah kerana kita berhasrat mewujudkan lebih banyak hab pengumpulan dan penghantaran barang di seluruh negeri,” katanya lagi.

Seldec yang diterajui Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung melalui pautan https://www.seldec.com.my/en

Antara dijual ialah barangan basah segar, makanan proses, suplemen dan pakaian.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.