Suara

Polisi
23/2/20
Isu
Bantuan
Peneroka

Selangor tidak pinggirkan masyarakat Melayu luar bandar

Alhamdulillah, saya telah diberi kepercayaan untuk berucap di Muktamar Majlis Ayahanda 2020 di Yayasan Restu, Kompleks Kesenian Islam Antarabangsa hari ini.

Kami di pejabat YB Amirudin Shari dan Kerajaan Negeri tidak sesekali pernah meminggirkan kepentingan masyarakat Melayu luar bandar dalam agenda pembangunan selaras aspirasi Selangor Maju Bersama, dan ianya menjadi tanggungjawab saya sebagai Menteri Besar agar hal seperti ini tidak akan berlaku.

Saya dan pasukan saya percaya yang kebajikan para petani dan peniaga wajar mendapat keistimewaan seperti penduduk di bandar.

Saya sering mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri dan beliau menyebut cita-cita untuk melihat orang Melayu hidup aman, makmur dan membangun.

Oleh sebab itu, kita tidak boleh membiarkan mereka tertinggal di kawasan pedalaman. Kalau boleh kita mahu lihat petani dan peniaga luar bandar turut menikmati kemudahan infrastruktur yang pesat.

Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.