Inisiatif

Pendapat
2/9/22

SELANGOR SARING DAN SEHAT MERINTIS AMALAN PENCEGAHAN

Kesihatan awam adalah keutamaan Kerajaan Negeri. Setelah berikhtiar melalui vaksin percuma dan saringan percuma, Kerajaan Negeri terus mengorak langkah memperkenalkan pula inisiatif Selangor Saring dan Selangor Mental Sihat (SEHAT) iaitu saringan awal bagi mencegah dan mengubat penyakit kritikal.

Selangor Saring memberi saringan kesihatan secara percuma kepada rakyat Selangor untuk mengesan awal penyakit jantung, buah pinggang, kanser dan lain-lain. Ini adalah usaha meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan selain peluang mendapatkan rawatan awal.
SEHAT pula membantu rakyat mengetahui tahap kesihatan mental secara kendiri dan diberikan akses percuma kepada pelbagai intervensi awal. Program ini meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mental serta mengurangkan stigma negatif.

Kedua-dua inisiatif ini adalah langkah awal untuk negeri ini merintis kehidupan berkualiti yang sihat. Data menunjukkan peratusan mudarat kesihatan termasuk kes bunuh diri sangat membimbangkan.

Kerajaan Negeri akan menggandakan usaha sebegini dalam usaha membentuk negeri penyayang.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.