Suara

Ucapan
10/3/20
Isu

Selangor Negeri Pertama Terapkan Pengarusperdanaan Gender

Saya bersyukur kerana hari ini, Selangor menjadi negeri pertama menerapkan Pengarusperdanaan Gender, usaha yang akan mengangkat martabat wanita sebagai keutamaan.

Pengarusperdanaan Gender akan menyokong dan menggalakkan lebih ramai wanita untuk libatkan diri dalam semua bidang ke usaha membina negeri.

Empat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) akan menjadi perintis bagi memimpin pelaksanaan Pengarusperdanaan Gender di jabatan dan agensi mereka. Saya dan kami di pejabat YAB Dato' Seri Amirudin Shari yakin yang semua ahli EXCO baharu ini akan menjalankan tugas mereka dengan penuh cemerlang demi kelestarian pentadbiran kerajaan Negeri Selangor.

Saya juga menyerahkan watikah kepada Gender Focal Point dan Gender Focal Team, ejen barisan hadapan yang akan melakar sejarah bagi negeri dan negara yang kita cintai bagi merealisasikan kesaksamaan gender.

Memetik kata Ban Ki Moon, Mantan Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu, "The world will never realise 100% of its goals if 50% of its people cannot realise their full potential. When we unleash the power of women, we can secure the future for all."

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.