Inisiatif

Siaran Akhbar
21/6/20
Selangor

Selangor Kini : Tarikh daftar pelajar baharu KUIS bermula 1 Julai

SHAH ALAM, 21 JUN: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) mengumumkan perubahan tarikh pendaftaran secara dalam talian bagi pengambilan pelajar baharu Sesi 1 2020/2021.

Tarikh baharu untuk pengajian asasi ditetapkan pada 1 Julai, diploma (sepenuh dan separuh masa) 2 Julai manakala ijazah sarjana muda pula 3 Julai membabitkan pengajian sepenuh dan separuh masa.

“Pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah ini serta bersemuka berdasarkan tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Pengajian Tinggi. Permohonan kemasukan bagi Sesi 1 2020/ 2021 masih lagi diterima,” maklum Kuis menerusi Facebook hari ini.

Bagi pendaftaran asrama pula, Kuis memaklumkan boleh dibuat secara hadir terus pada 4 Julai untuk pengajian asasi dan diploma sementara 5 Julai untuk pelajar ijazah sarjana muda.

Mereka yang berminat boleh mengemukakan permohonan menerusi pautan http://eadmission.kuis.edu.my/ atau Google Form https://forms.gle/Brzu8csixHUsMs3v5 untuk prapendaftaran.

Untuk sebarang bantuan atau permohonan melalui WhatApps, pemohon boleh menghubungi pegawai pemasaran Kuis wasap.my/+60192260746/NakmasukKUIS

atau wasap.my/+60193896937/NakmasukKUIS.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.