Media

Peristiwa
22/3/23
Selangor
Air

Selangor Kini: Sistem kumpul air hujan MPAJ terima pengiktirafan antarabangsa

SHAH ALAM, 21 MAC: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima pengiktirafan khas antarabangsa pada acara Inovasi Perkhidmatan Awam Asia 2023 yang berlangsung 16 hingga 18 Mac lalu.

Kumpulan Archy dari Jabatan Bangunan dan Senibina menerima pengiktirafan daripada Persatuan Pencipta dan Inovator Macau melalui inovasi Sistem Pengumpulan Air Hujan (SPAH) mudah alih dikenali ‘pocket water’.

“Kumpulan Archy turut merangkul pingat perak manakala kumpulan Smart PSP (Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam) dengan produk tong kitar semula bergerak ‘Sangkar Pandu Lalu’ merangkul pingat sama,” kata MPAJ menerusi kenyataan.

Dua lagi kumpulan iaitu Lex Legis (Jabatan Undang-Undang) dan Cyberwave (Jabatan Korporat dan Teknologi Maklumat) pula merangkul pingat gangsa.

Lex Legis mempersembah sistem eIP iaitu sistem mengurus kertas siasatan manakala Cyberwave mempertaruhkan aplikasi Komuniti Pintar (iComm) iaitu aplikasi mobil yang mampu memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelanggan.

Inovasi Perkhidmatan Awam Asia 2023 merupakan platform bagi mengiktiraf pencapaian agensi perkhidmatan awam dalam pembangunan inovasi di peringkat antarabangsa.

Anugerah disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Persekitaran Mampan), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, Datuk Saidatu Akhma Hassan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.