Media

COVID-19
15/6/22
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Selangor Saring berlangsung di lima DUN hujung minggu ini

SHAH ALAM, 14 JUN: Program pemeriksaan kesihatan Selangor Saring diteruskan hujung minggu ini melibatkan lima Dewan Undangan Negeri (DUN).

EXCO kesihatan berkata program percuma Kerajaan Negeri itu diadakan Sabtu ini di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dengkil (DUN Dengkil) dan Dewan Komuniti Seksyen 4, Bandar Baru Bangi (DUN Sungai Ramal) bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Manakala pada Ahad, ia diadakan di gelanggang bola keranjang bersebelahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tche Min (DUN Sungai Pelek) selain di Padang Taman Kosas, Ampang (DUN Teratai dan Pandan Indah).

“Di Ampang, program berlangsung bersekali dengan Jelajah Selangor Penyayang dan kita sasarkan 2,000 peserta akan hadir menjalani saringan.

“Oleh itu, kita akan tambah kaunter saringan bagi melancarkan proses selain mempromosi pendidikan kesihatan bersama Pejabat Kesihatan Hulu Langat,” katanya Dr Siti Mariah Mahmud hari ini.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM3.4 juta bagi menjayakan Selangor Saring yang bakal memanfaatkan 39,000 penduduk khasnya yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Program hingga 4 September itu menawarkan saringan fizikal, ujian darah dan air kencing, mata, servik dan kanser payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan http://selangorsaring.selangkah.my, hubungi talian Selcare 1-800-22-6600 atau Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor melalui http://drsitimariah.com/talian-suka/.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.