Inisiatif

Peristiwa
25/9/20
Selangor

Selangor Kini : Rebut peluang, lebih 5,000 kerja ditawar Karnival Mega 3-4 Oktober

SHAH ALAM, 22 SEPT: Karnival Mega Kerjaya Selangor yang menawarkan lebih 5,000 pekerjaan bakal berlangsung pada 3 dan 4 Oktober di Pusat Konvensyen Shah Alam.

Program anjuran Kerajaan Negeri itu membabitkan 60 majikan dalam pelbagai sektor dan pencari kerja hendaklah membawa dokumen peribadi serta sijil kelayakan akademik untuk memudahkan urusan.

Pendaftaran awal pengunjung boleh dibuat menerusi http://nfdot.com/ereg/views/jobfair atau Facebook Pusat Jobs Malaysia Selangor atau Instagram Jobs Malaysia Selangor atau di talian 03-55247740 dan 03-55231309.

Mereka yang mendaftar akan menerima kod QR yang digunakan untuk memasuki karnival tersebut.

Karnival kerjaya juga bakal dianjurkan di daerah lain iaitu:

– Stadium Kuala Selangor (10 dan 11 Oktober)
– Dewan Orang Ramai Telok Panglima Garang, Kuala Langat (24 dan 25 Oktober)
– Pusat Komuniti Gombak (7 dan 8 November)
– Dewan Sri Cempaka Kajang, Hulu Langat (14 dan 15 November)
– Sepang (21 dan 22 November)
– Hulu Selangor (5 dan 6 Disember)
– Sabak Bernam (12 dan 13 Disember)
– Klang (28 dan 29 Disember)

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.