Inisiatif

Terkini
17/8/22
Selangor

Selangor Kini: Rakyat dipelawa kongsi pandangan untuk Belanjawan Selangor 2023

SHAH ALAM, 16 OGOS: Kerajaan Negeri mempelawa rakyat menyertai tinjauan umum bagi berkongsi pandangan dan cadangan dalam merangka Belanjawan Selangor 2023.

Kaji selidik bermula 25 Julai menerusi laman rasmi Dato’ Menteri Besar, https://www.amirudinshari.com/selangor2023 bertujuan agar belanjawan tersebut menjadi lebih inklusif dan memanfaatkan semua pihak.

“Ayuh bersama memacu kesejahteraan masyarakat dan ekonomi negeri dengan menyertai kaji selidik Belanjawan Selangor 2023,” menurut kenyataan itu.

Ia mengandungi tiga bahagian termasuk harapan rakyat terhadap belanjawan negeri pada tahun depan.

Pada 25 Julai lalu, Amirudin Shari menerusi Twitter mempelawa warga Selangor turut serta dalam kaji selidik itu kerana buah fikiran mereka dihargai bagi memastikan Belanjawan 2023 bersifat inklusif.

Dengan itu, belanjawan dirangka mampu memberi nilai tambah terhadap pembangunan yang memanfaatkan rakyat negeri ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.