Inisiatif

Terkini
13/5/22
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Pusat kemahiran negeri tawar program untuk pelajar, lepasan tahfiz

SHAH ALAM, 11 MEI: Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) menawarkan 75 tempat untuk pelajar dan lepasan tahfiz bagi mengikuti program smart tahfiz kemahiran.

Institusi kemahiran itu memaklumkan program itu ditawarkan menerusi inisiatif kemahiran teknikal dan ikhtisas smart Selangor (IKTISASS) dan ia terbuka kepada mereka dengan syarat minima tiga juzuk hafazan.

Berdasarkan maklumat dikongsi menerusi Facebook tiga kursus yang ditawarkan ialah teknologi automotif, teknologi elektrik dan sistem komputer.

“Persijilan diiktiraf dan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dengan pengambilan bagi sesi Mei, Jun dan Julai 2022.

“Setiap kursus adalah terhad kepada 25 pelajar sahaja dan sesi temuduga akan dimaklumkan,” katanya memaklumkan biasiswa pengajian adalah di bawah Kerajaan Negeri.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di https://forms.gle/cpmjv3797RS7HriU6

STDC merupakan institusi pendidikan teknikal bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.

Pada Ogos 2020 Kolej Antarabangsa INPENS bertempat di Kuala Selangor dijenamakan semula sebagai STDC bagi memperkasakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.