Suara

Peristiwa
28/6/22
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Pinjaman NaDI dipermudah, lahir lebih ramai usahawan wanita - MB

SHAH ALAM, 27 JUN: Kerajaan Negeri akan memudahkan urusan pinjaman Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) bagi melahirkan lebih ramai wanita berjaya dalam perniagaan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembiayaan sehingga RM5,000 oleh Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) selari hasrat melihat ramai rakyat negeri ini memiliki wang tambahan untuk menyara hidup.

“Membina perniagaan atau mencari pendapatan tambahan keluarga telah dimudahkan untuk wanita Selangor dengan NaDI. Skim ini terbuka kepada mereka yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan.

“Penyaluran modal pusingan perniagaan juga mudah, cepat dan tidak membebankan. Selagi mana ada kesungguhan, kita akan menyenangkan urusan pemohon supaya lebih ramai wanita berjaya dapat dilahirkan,” tulisnya di Facebook.

Menerusi Pakej Kita Selangor, Kerajaan Negeri memberi peruntukan awalan RM10 juta untuk membantu peniaga mendapatkan pelan pinjaman minimum RM1,000 dan maksimum RM5,000 serta boleh memilih tempoh biaya antara enam bulan hingga tiga tahun.

Tahun ini, Hijrah menyasarkan sebanyak 1,722 pemohon skim NaDI dengan jumlah pembiayaan RM8.61 juta.

Terbuka kepada wanita dan semua kaum, individu berminat boleh memohon melalui laman sesawang http://www.hijrahselangor.com atau hubungi pegawai pembiayaan di 20 cawangan Hijrah Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.