Suara

Siaran Akhbar
9/7/20
Isu
Bantuan
Selangor
Pelan Pemulihan
Sidang

Selangor Kini : Pelan pulih ekonomi: Rumah, peluang kerja fokus utama

Artikel asal terbit di selangorkini.my pada 9 Julai 2020

SHAH ALAM, 9 JULAI: Perumahan rakyat, jaminan bekalan makanan, peningkatan kemahiran pekerja dan pendigitalan akan menjadi fokus utama program pemulihan ekonomi Selangor sehingga hujung tahun, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pakej pemulihan dijangka melibatkan dana puluhan bilion ringgit ini bertujuan memastikan Selangor terus kekal berdaya saing akibat kelembapan ekonomi susulan wabak Covid-19.

“Pelan pemulihan ini lanjutan pakej sebelumnya. Ekonomi negeri sedikit sebanyak terkesan dengan penularan Covid-19, jadi kita tunggu perinciannya nanti,” katanya.

Disiar secara langsung di portal SelangorTV.my, pakej itu dibentang pada hari pertama sidang Dewan Negeri Selangor, 13 Julai ini.

Ketika wabak memuncak, Kerajaan Negeri menyediakan dua fasa pakej rangsangan ekonomi Selangor Prihatin, masing-masing berjumlah RM127.78 juta dan RM272.5 juta bagi meringankan beban golongan terjejas.

Melalui dua pakej itu, penjaja dan peniaga kecil berlesen antara penerima bantuan sekali bayar RM500 seorang, petugas barisan hadapan (RM200), pesakit Covid-19 (RM1,000) dan mahasiswa (RM200).

Ahli Dewan Negeri diberi kelonggaran menggunakan peruntukan RM30,000 bagi membantu orang ramai yang kesempitan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu.

Pakej itu turut memberi pengecualian dan penangguhan bayaran tertentu termasuk Projek Perumahan Rakyat, Skim Smart Sewa dan sewa premis pihak berkuasa tempatan.

Dalam bidang pendigitalan, Selangor menganjurkan e-Bazar Raya dan Ramadan bagi membolehkan usahawan beroperasi melalui khidmat e-panggilan. Pasar Agro Selangor turut diadakan bagi membantu petani memasarkan produk mereka.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.