Inisiatif

Terkini
4/8/22
Isu
Selangor
Sidang

Selangor Kini: Negeri perluas kempen pasang lampu LED, sistem solar di semua bangunan

SHAH ALAM, 3 OGOS: Kempen pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LED), sistem solar dan perumahan air hujan (SPAH) di semua bangunan akan diperluas bagi memerangi perubahan iklim dalam industri hartanah.

EXCO perumahan berkata kempen sepanjang lima tahun Rancangan Selangor Pertama (RS-1) melibatkan bangunan strata kediaman kerajaan pusat dan swasta, bangunan pejabat, hospital, sekolah, kolej, universiti, stadium, pasar, pusat membeli-belah serta kilang.

“Pemasangan dan penyelenggaraan lampu LED serta sistem solar di bangunan strata kediaman khususnya projek Rumah Selangorku sudah mula dilaksanakan menerusi kerjasama pintar antara Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) dan tiga syarikat swasta.

“SPAH merupakan satu lagi inisiatif menawarkan ‘quick wins’ dan boleh digerakkan dalam masa terdekat,” kata Rodziah Ismail pada sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya akan mengemas kini dasar bagi amalan hijau pertanian moden seperti kebun atas bumbung, kebun atas tanah terbiar dan cucuk tanam dalam pasu di sepanjang koridor bangunan strata.

Menurutnya, penambahbaikan lain membabitkan kitar semula sisa pepejal di peringkat komuniti setempat, peralatan dan kelengkapan cekap sumber semulajadi.

“Saya boleh beri jaminan bahawa strategi perancangan, pelaksanaan, kawalan dan penilaian akan menjadi satu teras utama dalam penggubalan dan pelaksanaan semua dasar Kerajaan Negeri,” katanya.

RS-1 yang dibentangkan Dato’ Menteri Besar pada 27 Julai menjadi kerangka pembangunan negeri bagi tempoh lima tahun membabitkan nilai keseluruhan sebanyak RM212.44 bilion.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berkata sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

RS-1 turut mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan tanpa mengetepikan pelan lima tahun Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang masih berjalan dan memberi kesan kepada Selangor.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.