Inisiatif

Peristiwa
20/9/22

Selangor Kini: Negeri agih cermin mata percuma sempena Jelajah Selangor Penyayang bulan depan

SHAH ALAM, 19 SEPT: Kerajaan Negeri mengagihkan cermin mata percuma kepada peserta Selangor Saring di empat lokasi program Jelajah Selangor Penyayang (JSP) bulan depan.

Ahli Penasihat Kesihatan Awam Selangor Dr Mohammad Farhan Rusli berkata inisiatif hanya diberi kepada peserta yang mempunyai masalah mata selepas melakukan saringan.


“JSP akan diadakan di empat lokasi iaitu Klang, Hulu Selangor, Sepang dan Sabak Bernam. Jadi setiap tempat, mana-mana peserta didapati ada masalah akan terima cermin mata percuma.

“Selain ujian mata, orang awam juga boleh melakukan beberapa saringan kesihatan lain antaranya fizikal, ujian darah dan air kencing,servik dan kanser payu dara,” katanya ketika dihubungi.

Dr Farhan berkata pihaknya juga akan mengadakan beberapa aktiviti kesihatan pada JSP fasa dua ini.

“Kita adakan beberapa pertandingan berasaskan kesihatan. Jadi semua penduduk berhampiran lokasi terbabit terutama yang terlepas Selangor Saring peringkat DUN diminta memanfaatkan peluang ini,” katanya.

Program pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri di setiap DUN melabuhkan tirainya pada 11 September dengan menerima hampir 40,000 peserta.

Berlangsung sejak Mei, program melibatkan peruntukan RM3.4 juta itu menyasarkan individu yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.