Media

Peristiwa
22/5/23
Bantuan
Selangor

Selangor Kini: KPM salur dana kecemasan baik pulih sekolah rosak akibat ribut di KL, Selangor

PUTRAJAYA, 21 MEI: Kementerian Pendidikan (KPM) akan segera menyalurkan peruntukan kecemasan bagi membaiki 36 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor yang rosak akibat kejadian ribut yang melanda, Jumaat lalu.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Menurut KPM kejadian ribut berkenaan mengakibatkan kerosakan 27 buah sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan buah sekolah di Selangor.

Katanya JPWPKL, JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan membuat penilaian lanjut terhadap kerosakan yang berlaku di sekolah berkenaan dengan kerjasama daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Seterusnya, pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM. Penyaluran peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS dengan kadar segera,” katanya.

Menurut kenyataan itu, KPM berkata JPWPKL, JPNS dan PPD akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.

— BERNAMA

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.