Inisiatif

COVID-19
28/9/21
Isu
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Kerajaan Negeri bantu selaras vaksin remaja, elak tercicir

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kerajaan Negeri menjadi pemudah cara bagi melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja untuk menyuntik vaksin Covid-19 kepada seramai mungkin individu.

EXCO Kesihatan Dr Siti Mariah Mahmud berkata pihaknya berperanan menyelaras pelaksanaan program itu sekiranya membabitkan agensi negeri seperti pelajar sekolah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

“Ahli Dewan Negeri kita juga bantu menyediakan pengangkutan kepada remaja dari keluarga kurang berkemampuan kerana ada juga pusat pemberian vaksin terletak jauh, kita tidak mahu ada remaja tercicir.

“Walaupun Kerajaan Negeri tidak terbabit secara langsung seperti progran Vaksin Selangor (Selvax) namun kita tetap bantu memainkan peranan mengikut bidang kuasa supaya lebih ramai dapat vaksin,” katanya kepada SelangorKini.

Pada 23 September Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman dilaporkan berkata sebanyak 399 sekolah di negeri ini terlibat dalam program PICK remaja bermula 20 September lalu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyasar 80 peratus remaja lengkap dos sebelum sesi persekolahan dibuka pada tahun depan.

Kerajaan menyasar 60 peratus daripada remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada November ini.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.