Inisiatif

Terkini
17/8/22
Selangor

Selangor Kini: Imigresen Selangor perkenal kiosk mohon pasport antarabangsa

SHAH ALAM, 15 OGOS: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor memperkenal Kiosk MyOnline Pasport bagi memudahkan proses permohonan pasport.

Agensi itu berkata dianggar 2,900 permohonan sehari atau hampir mencecah 60,000 permohonan sebulan bagi pasport Malaysia antarabangsa (PMA) di negeri ini.

“Atas dasar ini, JIM Selangor mengambil pendekatan proaktif dengan mewujudkan kiosk ini dalam memberikan perkhidmatan kepada pelanggan yang hadir bagi mendapatkan naskhah PMA dengan lebih mudah dan cepat.

“Inisiatif ini seiring dengan kemajuan dan perkembangan dunia digital masa kini yang menuntut kepada orientasi gajet pelanggan yang semakin berkembang dari semasa ke semasa,” katanya menerusi kenyataan.

JIM Selangor berkata kemudahan kiosk ini dapat membantu pelanggan yang hadir secara terus ke pejabatnya di UTC terutamanya pada waktu puncak.

“Kategori yang layak diberi kemudahan kiosk ini adalah pemohon yang berusia 13 tahun dan ke atas yang mana ia bukan dari kategori permohonan PMA baru, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

“Selain itu, PMA yang hilang atau rosak atau para pelajar berumur 21 tahun ke bawah yang ingin melanjutkan pengajian ke luar negara,” katanya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.