Inisiatif

Peristiwa
20/4/22
Isu
Perayaan
Bantuan

Selangor Kini: Hampir dua tan lebihan makanan bazar Ramadan diagih percuma sejak 4 April- MBSA

SHAH ALAM, 18 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berjaya menyelamatkan 1,898.8 kilogram (kg) lebihan makanan di tiga bazar Ramadan daripada dibuang ke tapak pelupusan sampah.

MBSA menerusi Facebook memaklumkan jumlah itu adalah berdasarkan pengumpulan yang dilaksanakan sejak 4 hingga 17 April di bazar Ramadan Seksyen 19, Taman Sri Muda Seksyen 25 dan Subang Bestari Seksyen U5.

“Lebihan makanan yang tidak habis dijual oleh peniaga bazar akan dikumpul setiap hari dan diagihkan secara percuma ke beberapa lokasi menerusi program MBSA MYsave Food @ Bazar Ramadan.

“Proses agihan ini dikendalikan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBSA dengan kerjasama WWF-Malaysia, Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia dan Briged Sukarelawan UiTM,” tulisnya di Facebook.

Berikut lokasi edaran makanan :

  • Surau Al-Amin Seksyen 19
  • Surau An-Najahiyah Seksyen 19
  • Surau Hamiddean Seksyen 19
  • Masjid Taman Sri Muda Seksyen 25
  • Pangsapuri PPR Kampung Baru Hicom Seksyen 26
  • Flat Proton Seksyen 27
  • Pangsapuri Seri Purnama Seksyen U5
  • Pangsapuri Sri Saujana Seksyen U5
  • Pangsapuri Sunway Sinar Seksyen U9
  • Surau Al-Mahdi Taman Bukit Subang Seksyen U16
  • Surau Pangsapuri Teratai Taman Bukit Subang Seksyen U16
  • Pangsapuri Melati Taman Bukit Subang Seksyen U16

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.