Media

COVID-19
5/1/22
Isu
Selangor
Banjir
Bantuan

Selangor Kini: Hampir 45,000 tan metrik sampah dibersih, kutipan di lima PBT selesai

SHAH ALAM, 5 JAN: Sebanyak 44,847.95 tan metrik sampah pukal dibersihkan di lapan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terjejas banjir setakat 9 malam tadi.

Dalam laporan pengendali sisa pepejal KDEB Waste Management, kebanyakan sampah dibersihkan dalam kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan 19,040.50 tan.

Diikuti Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) melibatkan 7,957 tan serta Majlis Perbandaran Klang (MPK) dengan 6,760 tan.

Pembersihan di kawasan tiga PBT itu melebihi 80 peratus dengan MBSA 85 peratus, MBSJ (87 peratus) dan MPK (90 peratus).

Manakala kerja pembersihan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor selesai sepenuhnya.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.