Media

Terkini
24/9/21
Selangor
Bantuan
Pakej Kita Selangor 2.0

Selangor Kini: Geran bantuan industri pelancongan boleh dipohon mulai hari ini

SHAH ALAM, 23 SEPT: Permohonan geran bantuan kewangan kepada penggiat industri pelancongan dibuka mulai hari ini hingga 31 Disember depan.

Pengurus besar Tourism Selangor berkata inisiatif ditawarkan untuk program Familiarization Trip, misi jualan, pameran pelancongan dan acara MICE (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran).

“Ini sebagai langkah mempromosi dan menggalakkan industri pelancongan Selangor di ambang pandemik Covid-19 yang semakin menghampiri ke fasa endemik.

“Bantuan ini melalui kaedah pengembalian kewangan. Hanya satu permohonan untuk setiap penganjuran dengan kelayakan maksimum berjumlah RM20,000,” kata Azrul Shah Mohamad menerusi kenyataan.

Menurutnya, pihak yang mendapat kelulusan perlu menyelesaikan program dalam tempoh 1 Oktober ini sehingga 30 Jun tahun hadapan.

“Inisiatif dijangka menarik minat persatuan dan agensi pelancongan, pengusaha inap desa serta persatuan komuniti atau Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang berdaftar,” katanya.

Pihak yang berminat boleh menyemak syarat kelayakan di http://www.selangor travel atau e-mail ke geranbantuankitaselangor@tourismselangor.org.

Pada 9 Jun lalu ketika mengumumkan Pakej Kita Selangor 2.0, Dato’ Menteri Besar memaklumkan bantuan kepada sektor pelancongan negeri membabitkan peruntukan berjumlah RM2.55 juta.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari dana melibatkan pemberian geran bantuan, baucar Pelancongan Selangor 2.0, program latihan pembelajaran digital serta bantuan kewangan sekali bayar (one-off) kepada persatuan pelancongan negeri.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.