Inisiatif

Peristiwa
22/9/22
Isu
Selangor

Selangor Kini: Enam program kesihatan lindungi rakyat Selangor dari penyakit kritikal

SHAH ALAM, 21 SEPT: Enam inisiatif kesihatan diperkenal Kerajaan Selangor khusus untuk rakyat negeri ini bermula dari saringan percuma, bantuan kewangan serta pembiayaan.

Program meliputi Iltizam Selangor Sihat yang menawarkan rawatan asas hingga RM500, khairat kematian RM1,0000 dan manfaat penyakit kritikal serta kemalangan hingga RM5,000.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata Insentif Rawatan Tibi pula menyediakan bantuan kewangan RM800 bagi pesakit yang menjalani rawatan tuberkulosis.

Sementara program Selangor Saring merangkumi saringan kesihatan percuma penyakit seperti jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan barah bernilai hingga RM3,000.

“Skim Rawatan Jantung pula menyediakan pembiayaan hingga RM50,000 manakala Bantuan Sihat Selangor menawarkan bantuan kewangan hingga RM5,000 bagi penyakit kritikal terpilih,” katanya di Facebook hari ini.

Menurut Dr Siti Mariah, talian Mental Sehat (Sehat) turut disediakan untuk memberi sokongan psikososial percuma kepada individu yang memerlukan khidmat kaunseling.

Maklumat lanjut program berkenaan boleh didapati menerusi Facebook.


Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.