Suara

Terkini
15/9/20
Isu
Selangor

Selangor Kini : Elaun masjid kekal, MB umum tampung dana RM3 juta

SHAH ALAM, 15 SEPT: Kerajaan Negeri mengambil keputusan agar kadar elaun petugas masjid dan surau dikembalikan semula kepada kadar sebelum ini.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Selangor menanggung pelarasan tersebut dengan implikasi kewangan berjumlah RM3 juta.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata elaun tambahan petugas masjid ini yang dibayar bermula 2003 adalah dari hasil kutipan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) setiap tahun.

“Namun akibat dari kesan pandemik Covid-19, kutipan zakat tahun ini mencatatkan penurunan drastik hampir 20 peratus yang menyebabkan beberapa pelarasan sementara perlu dibuat, yang mengambilkira keperluan menyalurkan hasil kutipan zakat ini kepada golongan asnaf yang tambah dihimpit akibat kesan pelaksanaan PKP dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menerima taklimat pada pagi tadi daripada pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan ketua pegawai eksekutif LZS berhubung isu pelarasan elaun petugas masjid dan surau yang sedang ditularkan.


Seterusnya
SELANGOR MAJU BERSAMA
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.