Inisiatif

Peristiwa
5/8/22
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: Baucar RM100 usaha ‘serampang tiga mata’ negeri perkasa industri halal

SHAH ALAM, 4 OGOS: Pemberian Baucar Halal bernilai RM100 merupakan usaha ‘serampang tiga mata’ Kerajaan Negeri dalam agenda memperkasakan industri halal.

EXCO Pengguna dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata insentif itu dapat membantu pengusaha menjual produk selain menggalak mereka memohon sijil halal.

“Bagaimanapun, paling utama ialah membantu golongan kurang berkemampuan terutama dalam keadaan ekonomi kurang baik.

“Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menerima baucar sebanyak 50 keping hujung bulan ini dan terpulang kepada kebijaksanaan mereka untuk mengagihkannya tetapi digalakkan diberikan kepada individu bukan penerima bantuan Kerajaan Negeri,” katanya kepada SelangorKini.

Tambah Zawawi, pihaknya juga bercadang menambah lagi bilangan baucar pada masa depan sekiranya mendapat sambutan menggalakkan.

Pada 28 Julai lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melancarkan penyerahan baucar halal bernilai RM100 kepada 2,800 penduduk kurang berkemampuan di 56 DUN.

Baucar itu boleh digunakan di Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah), Mydin, Azzainmart Peneraju Kedai Halal dan 99 Speed Mart dengan hanya satu transaksi dibenarkan.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.