Inisiatif

Peristiwa
4/10/22
Selangor
Isu

Selangor Kini: 40,000 manfaatkan saringan percuma, negeri hasrat teruskan program

SHAH ALAM, 3 OKT: Selangor mempertimbang hasrat untuk meneruskan program saringan kesihatan percuma bagi membantu lebih ramai rakyat negeri ini mengesan awal risiko penyakit.

Menurut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, inisiatif Selangor Saring yang diperkenal Mei lalu memanfaatkan 40,000 individu dengan peruntukan RM3.4 juta.

“Kerajaan Negeri berhasrat menimbangkan kesinambungan program supaya memberi impak kepada rakyat.

“Selangor telah menyediakan banyak bantuan untuk merawat penyakit dan kini tiba masanya untuk meluaskan inisiatif mencangkupi pencegahan penyakit,” katanya di Facebook hari ini.

Selain saringan fizikal, program itu juga menawarkan ujian darah dan air kencing, mata, barah pangkal rahim dan payu dara, ujian darah najis okulta atau kolorektal serta prostat.

Inisiatif itu menyasarkan individu yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.