Inisiatif

Peristiwa
9/6/22
Isu
Selangor
Bantuan

Selangor Kini: 20,000 peluang kerja ditawar pada karnival kerjaya hujung minggu ini

SHAH ALAM, 9 JUN: Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dijangka menjadi tumpuan pencari kerja pada 11 dan 12 Jun ini susulan penganjuran Karnival Kerjaya Mega.

Program anjuran Kerajaan Negeri itu akan bermula pada jam 9 pagi hingga 5.30 petang membabitkan penyertaan lebih 100 syarikat daripada pelbagai sektor dengan tawaran lebih 20,000 peluang pekerjaan.

Antara syarikat terbabit adalah Kumpulan Perangsang Selangor, Daikin Malaysia Sdn Bhd, DHL Express, DRB Hicom Berhad, Giant Malaysia dan Malayan Banking Berhad.

Turut serta Media Prima Digital, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton), Prasarana Malaysia Berhad, Shopee Malaysia, Sport Direct MST Sdn Bhd dan Toyota Auto Body Malaysia Sdn Bhd.

Sebelum ini, EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata program itu bertujuan mengurangkan kadar pengangguran di Selangor iaitu 3.2 peratus pada suku pertama 2022.

“Kali ini ia diadakan pada skala lebih besar selepas dua tahun dilangsungkan secara hibrid susulan tatacara operasi piawai pandemik Covid-19,” katanya pada 12 Mei lalu.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari www.SelangorJobportal.com.my.

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.