Inisiatif

Ekonomi
5/7/22
Isu
Selangor

SELANGOR KEKAL PENYUMBANG TERBESAR EKONOMI NEGARA 2021

Selangor mencatatkan pertumbuhan ekonomi cemerlang pada tahun lepas dengan nilai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) meningkat sebanyak 5 peratus berbanding 2020. Rekod ini telah membuktikan strategi pembinaan ekonomi pasca pandemik COVID-19 terlaksana dengan baik.

Beberapa usaha pantas mendorong prestasi pengukuhan ekonomi. Pakej-pakej rangsangan ekonomi ternyata menguatkan asas-asas perniagaan untuk melonjak pantas sejurus pembukaan sempadan. Program Vaksin Selangor (SelVAX) juga menyegerakan proses pelandaian lekuk pandemik.

Agenda Digitalisasi Selangor bercambah laju seiring kemunculan pandemik COVID-19 dan mempercepatkan visi Selangor Smart State 2025. Strategi peralihan yang proaktif dan menyeluruh meliputi bidang kesihatan, kebajikan, sosial dan sebagainya menjadikan negeri ini tahan uji dan berdaya saing untuk terus mencatatkan kemajuan.

#KitaSelangor
#HanyaDiSelangor

__

YAB Dato' Seri Amirudin Shari

Dato' Menteri Besar Selangor

Seterusnya
#KITASELANGOR
Daftar hari ini untuk dapatkan maklumat terkini terus ke e-mel anda
Terima kasih!
Anda telah didaftarkan untuk menerima makluman dan maklumat terkini.
Maaf! Ada ralat.